Wednesday, July 24, 2013

cite kawen part 1

part 1 ni aku nak cerita yang baik-baik dulu la sempena bulan puasa ni kan.
aku suka sangat dengan makeup aku waktu nikah dengan resepsi hari tu. 
memang cantik hasil dia. biar la aku puji diri aku sendiri pun sebab nya ku ni jenis 
tak kisah sangat apa orang nk kata. biar la orang kata aku tak sesuai makeup ke apa ke kann.

aku hire akak makeup ni dari waktu bertunang lagi. sebab nak senang kan keje so aku malas 
nak cari yang lain + dapat diskaun sebab dia pernah makeup kan waktu tunang. hikkk

akak ni memang baik, ramah n yang penting sekali dia datang awal sangat!! katanya takut
sampai lambat atau takut jadi apa-apa. tu yang dia keluar dari rumah dia pun awal.
yela siapa yang nak tanggung kalau MUA tak datang waktu majlis nikah.
nikah tu sekali je. bukan boleh ulang-ulang balik. ye dakkkk

sebelum nak makeup time nikah tu, akak tu cakap 'sarah akak nak makeup mata sarah jadi smokey eye taw'
aku pun 'eh nanti mata tak nampak garang ke' yelaaa takut jugak kann. mana tau terkejut ke laki
aku tengok mata aku nanti. akak tu cakap 'eh takde la. ni lagi satu akak tengok pipi sarah ni mcm cengkung je. nanti akak makeup bagi nampak cembung sikit' aku pun 'ok kak!!'

you see!!!



cerita waktu majlis plak gini.

'sarah pakai gaun ala-ala princess kan. akak nak makeup sarah macam barbie doll sikit. kita buat lain dari yang lain'
'gulp.barbie doll ekk'
'aah. lepastu bibir nanti akak nak makeup merah sebab waktu nikah dah light pink kan'
'ehh ok ke kaler merah sebab takut tak kena dengan bibir pastu takut gigi nampak kuning plak.heee'
pastu aku pun suruh akak tu calit sikit lipstick warna merah kat bibir. member2 yang ada waktu tu pun cakap
'eh lawa la. nice sangat'
aku pun ON jelaaaaa.heehehe


satu benda jela nak cakap. ko kena percaya dengan MUA yang ko dah hire. kalau ko tak bagi kepercayaan
dekat dorang, memang dorang susah nak buat kerja.
pernah aku tengok post dari sorang MUA ni. dia kata customer request makeup yang light-light je
macam artis. pastu dia cakap artis tu selalu g spa, selalu skrub muka g sauna la. korang ada??
bahahaha. betul jugak dia cakap sebenarnya kannn.

overall memang aku puas hati dengan hasil kerja akak makeup tu + suami aku pun  di touch up oleh akak tu.
yang tak boleh bla nye sebelum nikah, akak tu touch up kat bawah pokok sebab takde tempat dah.
kihkihkih. siannnnnn


okbai....