Tuesday, April 16, 2013

fantastic february part 3. final

banyak sungguh aku berjalan sepanjang bulan 2 ni.
mana la tak kopak poket aku ni. pastu g kerja hari isnin sememeh je.
ok part 3 ni plak aku g holiday kat pd dgn bff time sekolah dulu.
kami pergi berenam. aisyyy dah lama sangat plan nk overnight sama-sama tapi baru kali ni menjadi.
alhamdulillahh. tu pun kawan aku sorang ni gamble g beli kat groupon. nasib baek murah.
kalau kau beli mahal pastu semua orang tak dapat nak g memang lebai malang la khenn.

ok2 back to the track. tengah hari sabtu tu kitorang gerak g pd. kenapa tengah hari?? sebab dekat kot. ingat kan tak boleh nak check in awal. tu yang gerak lewat. sampai-sampai je kat bilik tu rupanya boleh je
masuk bilik tu. yela bukan kena pergi check in kat kaunter pun. rupanya bilik tu kunci guna mangga je.
adooiii. epik betul la. aku tak ingat apa nama hotel tu. tapi jauh la dari pantai n dia ada water park sendiri.
masuk je bilik tu ada 3 katil single, 1 katil double. sorang tu kena la kongsi.

sampai-sampai je lepak makan junk food yang dorang beli sambil sembang. lepas sembang, solat ape semua terus keluar ke pantai. ayoooh. motif sebenar bukan nak mandi pantai pun tapi nak bergambor je lebih.
dari plan nk mandi pantai main banana boat apa semua terus jadi mimpi. muahahaha. next time maybe.

lepak kat pantai sampai la magrib, perut pun dah lapar. terus gerak ke restoran seafood. main redah g je.
sedap ke tak sedap tu belakang cerita janji masuk perut. pilih-pilih ikan semua tunggu la makanan sampai.
kejap je dorang ni masak. cool. perut pun dah berbunyi.
sedap rupanya makanan kat kedai dia. harga pun boleh tahan. tapi kalau nk suruh g lagi memang terkebil-kebil jugak la. sebab kena masuk ceruk mana tah.

lepas makan, g pantai balik sebab nk buat surprise kat sorang ni. meriah jugak pd ni malam-malam.tambah-tambah ada askar tengah prektis ape tah. kalau siang memang sakan la nak cuci mata. tapi alkisahnya time tu malam. dapat dengan suara dorang jela. kalau aku jadi warga pd mesti tiap-tiap malam aku lepak situ. bila dah dapat port aku pun hampar surat khabar, bila dah dapat tempat duduk apa lagi kan. feeling la kau sorang-sorang sambil ditemani bintang yang tak berapa nak ada. bila dah ambik kek, kitorang pun nyanyi lagu happy burpday to u nadia.
terkezuuut kot dia. seronok sangat gamaknya. kalau aku pun terharu gak.
tah bila laki aku boleh buat macam tu. just pray for the best la orang kata.

lama gak lepak kat tepi pantai malam tu. lepas semua dah penat balikbilik, mandi n aku pun terus zzzzz.
mata pejam tapi tak boleh nak lena pun. pejam jela mata sampai pagi esok. bangun pagi breakfast junk food yang dorang bawak. lepas dah mandi kena kemas bilik macam kitorang sampai. tak boleh blaa kan. siap kena tangkap gambar lagi untuk hantar kat dia sebagai bukti yang kitorang dah kemas bilik tu. perghhh memang epic.

semua pun lapar sebab bukan puas pun makan junk food je. kitorang pun cari la kedai utk lunch terus sebab time tu pun dah tengah hari. lepas makan balik kl tapi sempat lagi la singgah alamanda nak tengok wayang.
layan ajooooo laaaa

okbai...........