Wednesday, July 24, 2013

cite kawen part 1

part 1 ni aku nak cerita yang baik-baik dulu la sempena bulan puasa ni kan.
aku suka sangat dengan makeup aku waktu nikah dengan resepsi hari tu. 
memang cantik hasil dia. biar la aku puji diri aku sendiri pun sebab nya ku ni jenis 
tak kisah sangat apa orang nk kata. biar la orang kata aku tak sesuai makeup ke apa ke kann.

aku hire akak makeup ni dari waktu bertunang lagi. sebab nak senang kan keje so aku malas 
nak cari yang lain + dapat diskaun sebab dia pernah makeup kan waktu tunang. hikkk

akak ni memang baik, ramah n yang penting sekali dia datang awal sangat!! katanya takut
sampai lambat atau takut jadi apa-apa. tu yang dia keluar dari rumah dia pun awal.
yela siapa yang nak tanggung kalau MUA tak datang waktu majlis nikah.
nikah tu sekali je. bukan boleh ulang-ulang balik. ye dakkkk

sebelum nak makeup time nikah tu, akak tu cakap 'sarah akak nak makeup mata sarah jadi smokey eye taw'
aku pun 'eh nanti mata tak nampak garang ke' yelaaa takut jugak kann. mana tau terkejut ke laki
aku tengok mata aku nanti. akak tu cakap 'eh takde la. ni lagi satu akak tengok pipi sarah ni mcm cengkung je. nanti akak makeup bagi nampak cembung sikit' aku pun 'ok kak!!'

you see!!!



cerita waktu majlis plak gini.

'sarah pakai gaun ala-ala princess kan. akak nak makeup sarah macam barbie doll sikit. kita buat lain dari yang lain'
'gulp.barbie doll ekk'
'aah. lepastu bibir nanti akak nak makeup merah sebab waktu nikah dah light pink kan'
'ehh ok ke kaler merah sebab takut tak kena dengan bibir pastu takut gigi nampak kuning plak.heee'
pastu aku pun suruh akak tu calit sikit lipstick warna merah kat bibir. member2 yang ada waktu tu pun cakap
'eh lawa la. nice sangat'
aku pun ON jelaaaaa.heehehe


satu benda jela nak cakap. ko kena percaya dengan MUA yang ko dah hire. kalau ko tak bagi kepercayaan
dekat dorang, memang dorang susah nak buat kerja.
pernah aku tengok post dari sorang MUA ni. dia kata customer request makeup yang light-light je
macam artis. pastu dia cakap artis tu selalu g spa, selalu skrub muka g sauna la. korang ada??
bahahaha. betul jugak dia cakap sebenarnya kannn.

overall memang aku puas hati dengan hasil kerja akak makeup tu + suami aku pun  di touch up oleh akak tu.
yang tak boleh bla nye sebelum nikah, akak tu touch up kat bawah pokok sebab takde tempat dah.
kihkihkih. siannnnnn


okbai....

Thursday, July 4, 2013

one month

alhamdulillah dah satu bulan aku bergelar seorang isteri.
life memang pack sangat la. hari isnin sampai jumaat kerja, weekend plak
spend time dengan suami. itu la life kami as a weekend husband and wife.
dah cukup sebulan majlis kahwin so aku nk list kan vendor-vendor yang telah
aku hire untuk menjayakan majlis aku.

venuedewan presint 16 (recommended sgt2 sebab tempat ni lokasi yang strategik)

cateringDJU catering (selalu pegi makan kat sini)

candy buffet: double n gift


photographermarki photography (yg ni highly recommended la.gambar semua cantek2 + photog sgt awesome)

videographer: feel motion picture (aku mmg tak puas hati.mentang2 aku amek promo price, dia pun layan aku sedang2 je. mmg akan buat satu entry khas utk meluahkan ketakpuasan hati aku)

invitation card: kad-kadkahwin (kad mmg lawa, tapi nama aku dia silap tulis.terpaksa pejamkan mata je)

stiker: stikerku.com (buat 1000pc stiker, free 30badges + dia bg lebih stiker) 

pelamin: kl wedding ministry (super duper awesome. mmg dpt apa yg aku nak. thank u to pogy dan suami)

WEDDING OUTFIT 

nikah: taylor kat sg petani

resepsi: butik bernard kat sg petani

handbouquet: sekoci norlie (mmg chantekk da bomb la hb dia. harga pun reasonable)

makeup: che ai zaleha (amek dari time tunang lg. semua ckp cantek)

doorgift: house of favour (beli kotak je.isi dlm tu letak coklat. beli kat langkawi)

PA system: ape ke nama tah. kwn abah

itu je la yg aku rasa untuk majlis belah aku. it was a memorable event!! thank u to my family and also the guests. korg semua mmg awesome dan terbaeek la