Tuesday, December 11, 2012

kursus pra perkahwinan

yeayyy dah graduate dari kursus pra perkahwinan
macam nak repeat je. dah ajak tunang nak g lg tp dia tak sanggup -_-
aku pun takda la sanggup sangat tapi seronok plak masuk kelas sama-sama,
makan sama-sama
macam ni gak kot orang yang bercinta zaman-zaman belajar dulu
jalan g kelas sama-sama, dok sebelah menyebelah, rehat sama-sama, study kat library
aku memang tak dpt pengalaman macam tu
jangan kan nak bercinta, nak berkawan dengan laki pun nan hadoo
kesian kat spesis lelaki, dah pupus kat um

aku pergi kursus kat Al-Shahir Management bertempat di presint 16 putrajaya
selesa gila tempat dia
macam masuk lecture time belajar dulu la
aku pilih tempat tu sebab dekat dengan rumah n jauh dari KL
impian aku untuk pergi kursus kawen bersama tunang tersayang tercapai
alhamdulillah.....
dari kedah dia datang semata-mata nak pergi kursus tu sama-sama. hikk
sampai KL hari jumaat malam, sabtu ahad pergi kursus lepas tu ahad malam terus shoot balik kedah
sampai kedah terus demam. aiyoooo. takpe-takpe nanti sayang beli kan air super power banyak-banyak kat b k

anyway aku nak conclude kan yang kursus pra perkahwinan dekat al shahir memang best,
penceramah dia sporting, tempat selesa, input memang banyak sangat.




sesi pertama: Akhlak dalam Islam & Hubungan dalam Keluarga by Ustaz Wan Jaapar
yang ni memang kelakar tak ingat, dengan gaya nya
tak kering gusi la dengan ustaz ni

sesi kedua: Komunikasi suami dan isteri  & Pengurusan Sumber Keluarga by tak brape igt la nama 
yang ni pun seronok jugak. ada interaksi dengan participant. habis 2 seat yang depan ditanya. kata nya Hot Seat macam Air Asia tuuuu

sesi ketiga: Pengurusan konflik & Pengurusan talak by Ustaz Zahari
banyak input dari ustaz ni tapi kesian dia asyik batuk je. pihak pengurusan plak tak sediakan air untuk penceramah

sesi keempat: Pengurusan kesihatan & Pengurusan stress by Dr Roslan Johari
doktor k yang bg ceramah. bukan sebarang doktor dia ni. siap ada phd lagi. jawatan pun tinggi 
kat kkm. tapi dia humble. presentation die pun masuk la bagi aku

ok tamat untuk hari pertama

sesi kelima :  Akidah dalam Islam & Ibadah daam Islam by Ustazah Naini
ustazah ni memang sempoi. tak kering gusi gak dengan lawak dia. nasib baik. kalau tak, memang ZZZzzzz jela. dah la pagi-pagi ahad yang indah

sesi keenam: Perkahwinan dalam Islam & Prosedur perkahwinan by Ustaz Ruslan
sesi ni la yang ditunggu-tunggu. aku memang nk tau sangat pasal prosedur ni. finally aku tahu gak. 

tepat pukul 1.30 kursus ni pun berakhir......
next week aku boleh start collect sijil aku yang sangat berharga tu. wohoooo