Tuesday, April 16, 2013

fantastic february part 3. final

banyak sungguh aku berjalan sepanjang bulan 2 ni.
mana la tak kopak poket aku ni. pastu g kerja hari isnin sememeh je.
ok part 3 ni plak aku g holiday kat pd dgn bff time sekolah dulu.
kami pergi berenam. aisyyy dah lama sangat plan nk overnight sama-sama tapi baru kali ni menjadi.
alhamdulillahh. tu pun kawan aku sorang ni gamble g beli kat groupon. nasib baek murah.
kalau kau beli mahal pastu semua orang tak dapat nak g memang lebai malang la khenn.

ok2 back to the track. tengah hari sabtu tu kitorang gerak g pd. kenapa tengah hari?? sebab dekat kot. ingat kan tak boleh nak check in awal. tu yang gerak lewat. sampai-sampai je kat bilik tu rupanya boleh je
masuk bilik tu. yela bukan kena pergi check in kat kaunter pun. rupanya bilik tu kunci guna mangga je.
adooiii. epik betul la. aku tak ingat apa nama hotel tu. tapi jauh la dari pantai n dia ada water park sendiri.
masuk je bilik tu ada 3 katil single, 1 katil double. sorang tu kena la kongsi.

sampai-sampai je lepak makan junk food yang dorang beli sambil sembang. lepas sembang, solat ape semua terus keluar ke pantai. ayoooh. motif sebenar bukan nak mandi pantai pun tapi nak bergambor je lebih.
dari plan nk mandi pantai main banana boat apa semua terus jadi mimpi. muahahaha. next time maybe.

lepak kat pantai sampai la magrib, perut pun dah lapar. terus gerak ke restoran seafood. main redah g je.
sedap ke tak sedap tu belakang cerita janji masuk perut. pilih-pilih ikan semua tunggu la makanan sampai.
kejap je dorang ni masak. cool. perut pun dah berbunyi.
sedap rupanya makanan kat kedai dia. harga pun boleh tahan. tapi kalau nk suruh g lagi memang terkebil-kebil jugak la. sebab kena masuk ceruk mana tah.

lepas makan, g pantai balik sebab nk buat surprise kat sorang ni. meriah jugak pd ni malam-malam.tambah-tambah ada askar tengah prektis ape tah. kalau siang memang sakan la nak cuci mata. tapi alkisahnya time tu malam. dapat dengan suara dorang jela. kalau aku jadi warga pd mesti tiap-tiap malam aku lepak situ. bila dah dapat port aku pun hampar surat khabar, bila dah dapat tempat duduk apa lagi kan. feeling la kau sorang-sorang sambil ditemani bintang yang tak berapa nak ada. bila dah ambik kek, kitorang pun nyanyi lagu happy burpday to u nadia.
terkezuuut kot dia. seronok sangat gamaknya. kalau aku pun terharu gak.
tah bila laki aku boleh buat macam tu. just pray for the best la orang kata.

lama gak lepak kat tepi pantai malam tu. lepas semua dah penat balikbilik, mandi n aku pun terus zzzzz.
mata pejam tapi tak boleh nak lena pun. pejam jela mata sampai pagi esok. bangun pagi breakfast junk food yang dorang bawak. lepas dah mandi kena kemas bilik macam kitorang sampai. tak boleh blaa kan. siap kena tangkap gambar lagi untuk hantar kat dia sebagai bukti yang kitorang dah kemas bilik tu. perghhh memang epic.

semua pun lapar sebab bukan puas pun makan junk food je. kitorang pun cari la kedai utk lunch terus sebab time tu pun dah tengah hari. lepas makan balik kl tapi sempat lagi la singgah alamanda nak tengok wayang.
layan ajooooo laaaa

okbai...........


Thursday, April 4, 2013

fantastic february part 2

ehemmm,
lepas trip research aku pergi Sabah dah lepas, ak rasa lega sangat sebab aku memang dari mula aku rasa berat sangat nak pergi situ. aku landing hari rabu, hari sabtu aku boarding pergi Kota Bharu plakk. 1st time ni pergi KB. excited gile kot. tambah-tambah aku pergi pun sebab menghadiri majlis perkahwinan my dear bff waktu kat pasum dulu. pergi pun bertiga dgn bff jugekk. lagi la bertambah-tambah ke'excited' an aku ni.
flight pukul 8.30 am. lepas subuh terus gerak g LCCT. member aku lg 2 orang pukul 11 mlm dah sampai LCCT. dorang lepak sampai lebam la kat sana.
sampai-sampai je terus aku masuk waiting hall, ramai sungguh org spesis mata sepet ni. owhh baru teringat yg raya dorang rupenyee. ramai jugak la org cina kat kelantan ni. bila dah masuk perut kapal terbang yang kawan aku lg 2 orang terus lentok kepala. penat la gamaknya. tapi alkisah kl-kb bukan jauh mana pun.
aku rasa dorang tak sempat nak lena pun. jap beno. tak sempat nak panas punggung pun.

bila dah sampai kb, ada member kawan aku yg dtg ambek. yela takkan kawan aku yg nk datang ambek dengan pakai baju kawen dia tu. sampai-sampai je rumah dia, terus salam, peluk cium bagai. orang pertama kawen dalam kalangan bff ni. bercinta pun dah lama. dari zaman pasum la. seronok tengok dorang dah bersatu akhirnya.

lepas makan-makan, terus gerak pergi Tok Aman, Pasir Putih. ada la dalam setengah jam gitu. lepas mek lia tolong check in kat resort Dee Wana, kitorang pun terus pergi lunch. ko tau aku order ape. hehehe dah dok kelate kan mesti la order nasi goreng buduww. hohoho sedap gile k. dengan pemandangan nye mengadap pantai. sungguh chentekkk + angin yang kuat sangat. kalau order air panas ko tak payah susah-susah nak tiup. dalam 5 minit je air tu dah boleh minum satu shot je.


lepas makan lepak kat resort lepas tu mandi-mandi bersihkan diri, lepas tu keluar jalan-jalan di tepi pantai.wuhuuu. sepanjang jalan tu aku tengok ada la 2 3 rumah yang buat keropok segera dengan keropok keping. IKS ni. niat nak beli tapi dia jual borong. hadoiii camno? dah la takda luggage. nak sumbat kat mana kan. hmm takpa la. batal kan je niat tu. 

lebih kurang lepas isyak gerak pergi resort tempat kawan aku  kahwin tu ada rehearsal . first impression aku memang sangat channtekk. berbaloi la dengan harga dia. lepas rehearsal semua balik tidur sebab esok kena bangun awal. almaklum laa jadi flower girl. kena arak pengantin masuk dewan. 


dalam pukul 12 pm dah ada kat lokasi majlis. aku tengok dah ramai yang datang n makan. aku pun dah mula rasa lapar bila tengok lauk-lauk yang ada kat situ.pukul 1230 pm gitu kitorang kena arak pengantin masuk n naik sekali atas pelamin. ishh hilang seri aku kannn. takpe la lia. demi ko aku sanggup taw. 

dah abes settle semua majlis, kitorang pun balik resort. penat rupanya kahwin ni. tu pun baru aku jadi flower girl. belum jadi pengantin lagi. 

hari isnin dah kena gerak balik KL. sobsob. tak sempat nak explore kelantan ni. next time maybe.


okbai..........