19 ramadhan
syahdu bila dengar lagu raya
aku tau mesti orang kata nak syahdu ape nye
duduk dengan family kan
iyee memang selama 23 tahun ni aku duduk dengan family aku
tapi bila waktu raya memang tiap-tiap tahun balek kampung
siap balek 2 kampung lagi
perak dengan terengganu
kalau giliran balik perak memang hati akan berbunga la
seronok balek raya kat perak
bukak puasa ramai-ramai
kadang-kadang malam tu blackout, lagi syahdu kalau berbuka
candle-light dinner gitu.. nyalakan pelita la. lepas maghrib plak mula bunyi mercun atau meriam
siap main balas-balas lagi. main bunga api kat sepupu yang kecik-kecik.
tapi semua tu tinggal kenangan bila atok dah meninggal disember 2010. aku tahu keadaan akan berubah bila atok dah takde. takkan ada kumpul ramai-ramai. bbq sama-sama. tidur sempit-sempit. berebut bilik air dengan jamban. mandi dekat sungai. naik bukit kutip durian, rambutan, dokong. hmmm apa nak dikata.
time will fly
kesimpulannya aku nak kata aku syahdu gak bila dengar lagu raya. sekian..
okbai
<< Home